Thursday, March 29, 2007

Tidur

(Suatu hari datanglah satu orang yang normal ke rumah orang sakit jiwa. Dia berjalan-jalan ke sekeliling dan terlihat satu orang yang tampan. Mungkin dia tidak gila fikirnya. Dia pun menghampirinya untuk berbual-bual. Belum sempat dia bertanya, lelaki tampan tersebut pun bertanya kepadanya.

“Di manakah letak nikmatnya tidur itu?”. Dia pun menjawab,

“Nikmat tidur itu dirasai apabila seseorang itu bangun tidur”.

“Bagaimana mungkin seseorang itu dapat merasai nikmat tidur selepas dia bangun tidur, sedangkan dia tidak tidur?”

“Seseorang merasai nikmat bangun tidur selepas dia bangun tidur adalah ketika dia hendak tidur.”

“Bagaimana mungkin seseorang boleh merasai nikmat tidur sebelum tidur sedangkan dia tidak tidur?”

“Seseorang merasai nikmat tidur sebelum dia tidur adalah ketika dia sedang tidur.”

“Bagaimana mungkin orang yang sedang tidur boleh merasai nikmat, sedangkan dia sedang tidur?”

Orang normal itu pun berlalu dari situ dan bersumpah tidak akan berdebat lagi dengan orang gila.)


Tidur itu siapa?

Tidur. Semua orang akan tidur. Aku tidur. Best? Semua orang akan merasai tidur. Bayi tidur. Syukur. Orang dewasa pun tidur. Apa lagi orang tua. Tidur itu gelap? Ya, tidaklah. Aku ada tengok warna. Macam mana kau tau. Kau pernah tidurkah? Tipu. Cuba kau buktikan kau tidur depan aku sekarang. Mana boleh. Aku tak mengantuk. Oooo..begitu ka, maksudnya kalau sampai waktu kau tidur lah? Ya.

Tidur ada 3. Sebelum tidur, semasa tidur dan selepas tidur. Wujudkah keadaan selepas tidur? Diam. Jangan Bising. Biar aku cakap dulu. Fokus. Ok, ok.

Orang tidur matanya pejam. Aku pernah tengok orang tidur depan mata aku. Mata aku terbuka masa tu. Bolehkah aku tengok aku sendiri tidur? Mana mungkin. Orang lain akan tengok aku tidur.

Ada jugak orang tidur mata dia terbuka. Ya kah? Kau ada tengok. Pernah. Ganjil. Pelik. Aku taknak tidur mata terbuka. Aku berharap tidur mata pejam. Aku pun.

Sebelum tidur…

7:00 a.m

Gembira, sedih semua ada. Takut, nikmat semua ada. Sebelum tidur aku suka tengok bola. Aku suka kejar bola. Aku suka bermain-main dengan bola. Sampai aku lupa aku akan tidur.

Pagi-pagi lagi aku dah ingat bola. Bola..bola..bola. Hatiku penuh dengan bola. Hobiku mengumpul bola. Kenapa aku asyik cakap tentang bola. Bola itu apa sebenarnya? Ahh..pedulilah. Aku ingin mempunyai stok bola yang banyak. Nanti hidup aku senang. Kebahagiaan hidupku terletak pada bola-bola yang aku kumpul. Nanti bila aku tidur, aku mau ada orang jaga bola aku. Tapi masa tidur aku akan tinggalkan semua bola-bolaku. Itu aku selalu lupa.

12:00 p.m

Masa tengah hari, waktu makan, aku cakap lagi pasal bola. Fikir bola. Macam mana nak majukan bola. Aku tau aku aku akan tidur. Tapi ahh, biarlah. Tidur, nanti dah senja, malam, barulah fikir, baru cool.

Banyak sangat aku fikit tentang bola. Rumahku penuh dengan bola. Storku pun penuh. Aku tak pernah nak bagi bola pada orang lain. Pemalas. Mintak bola orang. Itu bola aku punya. Aku usaha sendiri. Aku hebat. Macam-macam orang datang pada aku, mintak pinjam bola lah, mintak bolalah. Mana boleh. Aku dah cakap itu bola aku. Aku kumpul dari pagi. Senang-senang nak mintak. Tengok, mulia tak aku, aku banyak bola orang sangat hormat.

Aku mesti dapatkan bola dengan banyak lagi. Kawan-kawanku semuanya banyak bola dari aku. Aku tak mau kalah. Diaorang ejek aku. Haha, kata mereka. Aku tak pernah cukup dengan bola yang ada. Sampai makan pun aku tak sempat. Kalau aku makan aku pesan banyak-banyak. Tapi aku makan tak tentu. Cepat. Terburu-buru. Pagi tak makan, tengah hari tak makan, petang baru makan. Tunggu orang takda baru aku makan. Malu aku makan depan orang, sebab aku makan banyak sekaligus.

Makan aku tak kesah sangat. Tak nampak pun apa yang best pada makanan. Sebelum tidur nanti, aku makanlah puas-puas. Sama jugak. Pagi-pagi ni kumpul bola dulu. Banyak orang tegur aku kenapa tak makan-makan. Aku cakap nanti sebelum tidur aku makanlah. Korang nak makan, makanlah. Jangan ajak aku. Aku tau makan. Masa kecik cikgu ada ajar aku cara-cara makan. Nanti, seminggu sekali, aku datanglah jumpa korang. Kita makan ramai-ramai. Macam tak tau jer. Orang lain pun camtu.

Hari tu lagilah plek. Ada orang ajak aku makan kat warong. Ramai-ramai lagi tu ajak makan. Gila. Aku kata kat mereka, aku tau la boleh makan kat warong. Kalau aku mau aku pegila..Yang korang sibuk-sibuk ajak aku makan apahal. Aku taula makan sendiri. Aku boleh makan di rumah. Tapi aku cakap dalam hatila. Aku bagitau diaorang nanti la aku pegi, aku ada keja sikit. Lepas tu, diaorang pun blah. Pergi rumah jiran aku plak, ajak makan. Ganjil.

Perlukah aku makan? Orang kata, bila kita selalu makan, lepas tidur, kita akan rasa sihat. Gembira tak terkata. Akan dapat nikmat kekenyangan. Aku tak pernah tengok pun orang yang bangun tidur terus gembira. Tengok orang bangun tidur pun tak mungkin. Melainkan kalau aku tidur sama.

Ahh…aku dah letih pulak. Macam mana ni. Rasa macam nak tidur. Alamakkkk…betullah..aku memang nak tidur..tolonggggg…tangan aku tak boleh gerak. Kaki pun camtu. Kepala aku rasa lain macam.

Semasa tidur

4:00 p.m

(Seterusnya, sila baca dengan nada yang tinggi, walaupun tiada tanda “!”)

Aduh..camni ke rasa tidur…tolonglah..aku tak makan lagi..bagi la peluang aku makan. Sikit pun cukuplah. Aku ingat kalau malam baru boleh tidur. Aku lupa aku boleh jugak tidur petang. Aku jugak tahu, bayi, pagi-pagi boleh tidur. Tolong aku. Tolong undurkan masa. Aku nak makan. Aku menyesal sekarang. Aku nak makan kat warong puas-puas.

Mana orang-orang yang ajak aku makan dulu. Mana korang. Kalaulah aku ikut cakap korang dulu, taklah aku camni. Laparnya perut aku. Pedih. Aku tak boleh buat apa. Sebab mata dah pejam. Lidah ku kelu, kaku. Takut. Sakitnya. Aduhhh..tolonglah….aku dah sedar sekarang makan itu penting. Bola tak penting sangat. Tak perlu banyak sangat usaha atas bola-bola. Aku dah faham. Insaf.

Aku nak makan tiap-tiap hari. Aku nak makan beramai-ramai. Kasihanilah aku. Mana perginya bola-bola aku. Satu pun tak boleh tolong aku. Langsung tak boleh. Menyesal aku tak bagi orang. Air mata aku tiba-tiba mengalir. Aku ingin masa diundurkan. Aku ingin makan kat warong. Sekarang baru aku tau. Baru aku tau. Baru aku taauuuu..!!!!!!

(Ok, baca semula dengan nada perlahan..)

Aku tak boleh nak buat apa. Aku dah tidur. Mana mungkin aku boleh sedarkan diri ku sendiri. Aku rasa gelap. Pening. Sakit. Sekejap-sekejap aku terdengar bunyi pelik. Kuat betul bunyi itu. Sakitnya..baru aku percaya cakap orang. Aku dah rasa dah sekarang. Betul apa mereka cakap. Tapi aku tak ambik peduli.

Sekarang takda siapa boleh undurkan masa. Masa tidur mana boleh makan. Tak ada lagi dalam sejarah orang boleh makan masa tidur. Ehh ada rupanya…lupa plak aku..kisah dulu-dulu..

Seksa sangat aku rasa nih. Bila la berakhirnya sakit laparnya aku. Aku tunggu saja waktu bangun tidur. Tapi bila. Sakit sangat ni. Serius.



Selepas tidur (bangun tidur)

Perlahan-lahan mata aku terbuka. Aduh…silau..aku pejam balik. Aku bukak mata aku seluas 5mm sahaja. Aku kelaparan, kehausan. Gara-gara tak makan aku jadi layu, lemah. Seribu penyesalan yang tak mampu aku luahkan. Seluas semesta keinginanku supaya masa bisa diundurkan. Tak lain tak bukan. Supaya aku dapat makan.

Lepas bangun tidur tak boleh makan terus. Tak boleh. Tak dibenarkan. Badan kena cuci dulu. Bukan badan saja, kepala, kaki, tangan, semualah, kena cuci baru boleh makan. Mau tak mau, suka atau tidak aku mesti melaluinya. Tak tau berapa lama kena cuci. Tapi dalam hatiku, mudah-mudahan aku dapat nikmat makan.

Baru aku tau ada kehidupan lepas tidur. Percaya. Lebih penting dari sebelum tidur rupanya. Memang wujud. Aku yakin. Sebab aku bangun tidur sekarang. Memang betul, kalau kita rajin makan sebelum tidur, maka lepas bangun tidur kita akan gembira, sihat. Aku mengerti. Faham. Patutlah orang-orang yang ajak aku makan dulu sungguh-sungguh ajak aku makan di warong. Patutlah mereka ajak jiran-jiran aku makan kat warong sama-sama.

Kita tidak tau ada kehidupan lepas tidur sekiranya kita tidak tidur. Sekiranya kita berusaha untuk makan sebelum tidur dan membuat persediaan selepas kita tidur, kitalah orang yang paling untung. Jangan salahkan bola. Bola kecil boleh nampak besar. Sebab selalu sangat cakap perihal bola. Tak salah. Bagus. Majukan diri. Jangan berlebihan.

Banyakkan fikir tentang makan. Jangan fikir saja, tapi makanlah. Supaya semasa tidur dan bangun tidur tidak lapar. Boleh jugak fikirkan tentang minum. Nanti haus pulak. Kalau ada masa lapang, minum air kosong pun dah cukup. Kalau mampu, bolehlah minum milo.



(Arrkkk…aku tersentak…eh..rupa-rupanya aku berangan saja…huhu…aku tak tidur lagi rupanya..hehe..kalau aku tidur mana mungkin aku boleh tulis post ini. Apalagi kawan-kawan, mari kita makan. Dah sampai time makan dah nih. Jangan lengah-lengah. Nanti tidur baru tau..haha..)


Moral : berangan adalah saudara kepada tidur.



Tags: , ,

No comments: