Friday, June 29, 2007

Seloka memerang itu

Masih ramaikah yang minat membaca pantun atau puisi di kala ini? Ahh...tidak apa...kalau orang tidak suka..biar aku sendiri yang membacanya..

Memerang itu terbang,
Terbang memakai sayap,
Kenapa ia terbang,
Saya tidak tahu.

Memerang satu ekor,
Tambah satu dua tiga,
Kenapa ada ekor,
Sedangkan hanya satu.

Memerang pergi kedai,
Hajat dihati ingin membeli serai,
Adakah anda pandai?
Itulah pentingya ilmu.

Memerang itu cantek cun,
Makan semangka di pokok asam,
Biarlah anak main mercun,
Janganlah segan, janganlah malu.

Memerang melompat-lompat,
Sampai katak pun terpegun,
Masa dah nak tamat,
Masih kejar bangkai yang berbau?

Memerang sedang berchatting,
Tak pakai YM tak pakai MSN,
Ada satu perkata penting,
Adakah anda ingin tahu?

Memerang menari-nari,
Tarian aneh sekali,
Satu fikir satu hati,
Itulah sahaja nasihatku untukmu.

nota : sila baca dengan nada yang mendayu-dayu.