Monday, March 5, 2007

Bola oh bola

Apakah bola?
Dimanakah bola?
Bagaimana bermulanya bola?
Siapakah yang memperkenalkan bola?

Asal usul bola?

Kata sahibul hikayat, dulunya bola itu sangat besar bak bola yg besar. Kemudian bola itu telah pecah menjadi bola2 yg amat besar juga.

Arakian, dengan sayugialah bola2 itu beredar ke udara mayapada. Sedang si bola2 sedang bergerak secara rawak yg amat pelik. Bola2 bergerak menjauhi bola2 yang lain. Asalnya bola adalah O atau 0. Kemudian bentuknya jadi O atau 0. Bola2 ini suka menari, tapi tariannya amat pelik.

Bola oh bola hoi! hoi!(baca dgn nada tinggi)

Alangkah byknya bola. Terbang ke sana sini. Bola kecil? Banyakkkkkkkk. Bola besar? banyaaaaaaakkkkkkkk. Brpkah jumlah bola? Tak terhitung byknya. Aku kagum dengan bola yang byk. Mcm mana nak simpan bola yg byk? Kata sahibul lagi, jumlah bola besar adalah bertrilion, bola sederhana beratus bilion, bola kecil pulak seratus bilion.

Benarkah? (hati berbisik)

Ya, mungkin lebih byk dari itu, sambungnya lagi. Dan bola2 itu berpuak-puak dan berkaum-kaum. Sedang setiap puak ada ketuanya. Dalam satu puak ada bola2 besar ada bola2 kecil. Dan ada byk puak2 daripada bola2 tadi. Ingat, setiap bola2 adalah sgt besar walaupun bola2 itu bola2 kecil.

Namun begitu dlm byk2 puak tersebut, cuma ada satu yg terkenal. Satu yg dikenali ramai. Adakah ia siapakah atau apakah atau tiada apa? Dan daripada puak2 tersebut maka berpecahlah lagi kepada puak2. Sekali lagi, adakah ia siapakah atau apakah atau tiada apa?

Daripada puak2 yg berpecah, terdapat satu puak yg dikenali ramai. Letaknya di hujung sayap. Puak ini diketuai oleh sang bola besar. Sedang disekitarnya ada bola2 kecil menari-nari. Tidak boleh dekat sangat, tidak boleh jauh sangat. Si bola besar ada tali utk mengikat bola2 kecil. Bola2 kecil tak boleh lari, tak boleh berlanggar tapi boleh menari. Tapi tak boleh menari laju sangat, tak pulak boleh menari lambat sangat.

Mereka bola?

Kemudian ada satu bola yg terpilih. Bergerak sngat laju 100kkm/j. Laju? Lambat? Bola ini kosong. Bola=O atau bola=0. Ramai yg gemar bola ini. Ramai nak berebut bola yg satu ini. Kalau dah dapat, akan dibuang? Ironi? Bola ini tak boleh pegang lama2. Kena bagi kat orang lain. Bola ini berharga. Semua org mahu kejar. Padahal ia cuma bola. Cuma satu bola. Semua org berebut2 takut tak dpt bola.

Ada yg menangis tak dpt bola. Ada yg bangga dpt selalu bola, tanpa berusaha, ada yg mencuri bola daripada org lain. Ada jugak yg tak mau bagi bola pada org lain. Tapi ada satu golongan, langsung tak mau bola, tapi bola datang pada mereka. Ironi?

Semakin mereka tak kejar bola, semakin kuat daya bola menghampiri mereka. Apa kata mereka? Mereka kata mereka nak padang, tak nak bola. Bola dtg jumpa mereka. Mereka lebih suka padang dari bola. Mereka tak boleh elak bola. Mereka kata dekat padang baru ada bola yg sebenarnya. Bola apa tu? Banyyyaaaaaakkkkkk. Jwb mereka. Ada bola bulat, ada bola cantek, ada bola lembut, jwb mereka. Dekat padang baru boleh main bola, kata mereka lagi.

Kamu/kami bola?

Argghhh, tipu, kami tak penah tgk pun. Kami tetap suka bola ini. Kami bangga memiliki bola ini. Golongan mereka yg tak suka bola ini. Rugilah wahai mereka. Mereka menggeleng-gelengkan kepala. Mengapa tiada yg faham kata2 mereka.

Tiba2, mereka pun mula bercakap lagi. Wahai kamu-kamu. Kamu tahukah bola itu sangat berat. Sbb kamu letak atas kepala saja. Mana boleh mcm tu. Cuba tgk mereka. Mereka lelak bola di bawah tapak kaki. Barulah stylo. Tak boleh main kat kepala saja. Kalau nak main pakai kepala, mainlah dekat padang. Adakah kamu tahu bola itu sudah expired? Sudah lama, lusuh, terkopak, kurang angin dan kempis. Kamu masih mau jugak?

Argghhh, jgn bersandiwara lagi, kami lebih faham ttg bola ini. Dgn adanya bola ini, kami bangga, semua org hormat kami dpt pegang bola ini lama2. Kami cinta bola ini. Kami tak terlepas daripadanya. Tiap2 hari kami berusaha utk mendapatkannya. Tapi mereka kata bola ini tidak penting. Mereka kata padang penting. Apalah. Kerana bola inilah kami bahagia, kerana bola inilah yg menyebabkan org pandang tgi pada kami. Mana lama, mana lusuh, mana kopak, mana kurang angin, mana kempis, tak ada pun. Adakah tak mau bola ini. Padahal ramai org suka bola ini. Mereka saja yg tidak suka. Balik2 ckp padang..padang..padang..Aku pun tau padang, tapi bola lebih penting. Kami tgk si mereka tak pernah pegang bola pun. Duduk di grandstand saja. Cis mengaku faham bola konon. Lepas lepak grandstand jumpa kami, ckp ttg padang. Tau la kami padang tu apa. Si mereka sibuk apahal.

Padang bola?

Lepas tu si mereka jumpa org lain lagi, ckp ttg padang. Arrgghh, bosan. Lagi2 padang. Mereka kata, dekat padang baru ada permainan yg sebenarnya. Lepas tu lepak kat grandstand lagi. Ajak kami pegi grandstand, buat apa. Kalau kami mau kami pandai la pegi sendiri. Tak pelu org ajak. Kami org pandai. Kami tau grandstand tu apa. Kami tau padang tu apa. Tak pelu sibuk2 hal org.

Wahai si mereka, dikalangan kami ada yg lebih tau ttg padang. Lebih pandai lagi. Belajar jauh2. Tak layak si mereka menegur kami tau. Tapi tak pulak mereka buat seperti mereka. Ntah apa2 ntah. Si mereka mmg tak layak tegur kami. Kami lebih tau macam mana nak buat padang, nak ukur padang, nak tanam rumput, baja yg bagus, tiang gol yg thn lama yg tak tumbang, cat berkualiti, karpet lembut, brp kepanasan yg ada, kesejukkan yg ada, itu kami semua belajar dengan teliti.

Kalau kamu tahu sangat pasal padang kenapa tak usaha pegi padang. Kamu hanya duduk di kerusi penonton saja sambil letak bola atas kepala lutut. Tahu ckp saja. Ntah2 tak tau apa itu bola. Sbb tak penah tengok dgn mata. Simpan kat atas kepala lutut jer. Sambung mereka lagi. Pegi grandstand tak mau bila golongan mereka ajak. Padahal grandstandlah tpt paling dekat dengan padang. Hanya tau menganok kami di grandstand saja. Ikutlah, baru kamu tahu apa sebenarnya bola dan apa sebenarnya padang. Baru kamu tau mcm mana nak guna bola dgn betol.

Suatu masa bola yg kamu pegang akan kempis jua dan buruk dan hancur dek kerana masa. Sedangkan bola yang besar boleh pecah apatah lagi bola yg kecil itu.

Main pakai satu bola?

Mari kita main bola. Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola. Main bola pakai satu bola. Tidak ada org main bola pakai dua bola. Kalau org main bola pakai lebih dari satu bola itu bukan main bola, itu main snuker, main pul atau main guli.

Main satu bola best. Lebih fokus, lebih nilai, lebih bercakap, lebih apa lagi? Semua org tertumpu pada satu bola. Tak kira pengadil, pemain, pembantu pengadil, budak milo, penonton, pengulas, jurukamera, jurukritik, juruteknik, jurugambar dan jururawat.

Apa akan jadi kalau org pakai dua bola main dalam satu padang. Aku kecoh, dia kecoh, tak adil, kami dah score, mana ada, tak masuk pun. Kalau dua2 bola masuk gol baru kira gol. Kalau mcm tu kena ada dua kiper dua pengadil. Baru adil. Tapi tu dah tak best. Tak focus. Tak nampak skil. Sik keruan. Pening. Satu team kontrol satu bola. Kalau dua2 bola satu team kontrol? Mampukah? Bolehkah? Budak2 pun main satu bola. Org gila pun main satu bola.

No comments: